Ada panadol yang tak sesuai untuk ibu hamil dan pesakit sesetengah penyakit.
Jangan silap makan panadol tau.
Ini jenis-jenis panadol yang semua wajib tahu & kegunaannya:
1- Panadol Actifast (PCM 500mg, Sodium 173mg)
Fungsi sodium dalam panadol Actifast ialah untuk mempercepatkan penyerapan PCM pada usus kecil.
Jadi, kita akan dapat merasakan kesan PCM dengan lebih cepat kerana kandungan sodium tinggi.
Tapi, panadol Actifast tak sesuai untuk pesakit darah tinggi.
Dos: 2 biji setiap 4 hingga 6 jam sehari.
Link: Beli Panadol Actifast (Hot Item)
2- Panadol Soluble (PCM 500mg, Sodium 427mg)
Panadol soluble sesuai utk mereka yang susah telan ubat jenis tablet. Nak guna panadol ni cuma perlu larutkan dalam air.
Panadol soluble ada kandungan sodium yang tinggi, jd tak sesuai untuk pesakit darah tinggi.
Dos: 2 biji setiap 4 hingga 6 jam sehari.
Link: Beli Panadol Soluble
3- Panadol Extend (PCM 665mg)
PCM ini ada dua lapisan untuk memanjangkan tempoh penyerapan ubat.
Kesan panadol akan tahan lebih lama iaitu menjangkau lapan jam dan sesuai untuk pesakit kronik.
Dos: 2 biji setiap 6 hingga 8 jam 3 kali sehari.
Link: Beli Panadol Extend
4- Panadol kid cherry flavour chewable
Panadol untuk kanak-kanak ini boleh dimakan oleh kanak-kanak berumur 2-12 tahun. Ubat ini hanya perlu dikunyah dan berperisa ceri.
Kalau risau anak tertelan, boleh larutkan dengan air kosong ataupun jus.
Link: Beli Panadol Kid Cherry
Banyak ubat-ubatan harian yang dijual di Farmasi Farmacora.
Boleh beli disini: