Bedak ni dijual sejak 128 tahun yang lepas lagi, waktu korang pun belum lahir.
Setelah disaman sebanyak 38,000 kali, akhirnya bedak ini akan hentikan jualannya.
Kalau korang masih guna bedak ni, korang kena berhenti sekarang.
Ini sebabnya ⤵️
Hari ni ada announcement dimana bedak ni akan dihentikan pengeluaran dan pengedaran di Kanada dan US.
Sepanjang puluhan tahun di pasaran, pengeluar bedak ini telah disaman sebanyak 38,000 kali.
Sebabnya, ramai wanita dakwa mereka terkena kanser ovari sebab guna bedak ni.
Pengeluar sudah membayar sebanyak 4.1 bilion USD kepada 22 orang penyaman seperti yang ditetapkan oleh Mahkamah Missouri.
Dari jumlah 22 orang, seorang penyaman dapat bayaran USD2 bilion.
Dari 22 orang, 6 dah meninggal sebab kanser ovari semasa verdict mahkamah.
Kenapa kena saman?
Dikatakan dalam bedak ini ada asbestos yang boleh menyebabkan kanser.
Pengeluar nafikan. Macam biasalah.
Reuters melaporkan hasil siasatan mereka pada 2018 dan dapati ada asbestos.
Laporan dalaman juga sebut asbestos dijumpai dari tahun 1971 hingga tahun 2000.
Cuba check ada lagi tak bedak ni kat rumah. Atau tahu tak siapa guna lagi, kena hati hatilah. Kesian kat bayi kalau masih guna.
Follow @Farmacora untuk info kesihatan & tips kesihatan berguna setiap hari.
Kredit: The Guardian