Covid19 belum habis, monkeypox masih hangat & kini ada virus baru pula menjangkiti rakyat China.
Virus maut ini dipanggil Langya, iaitu satu keluarga yang sama dengan Nipah.
Seramai 35 orang rakyat China telah dijangkiti virus ini yang dibawa oleh cencorot.
Seramai 35 orang di China telah dijangkiti oleh virus yang dikenal pasti daripada keluarga yang sama dengan virus Nipah dan Hendra yang boleh membawa maut.
Setakat ini, tiada bukti patogen itu boleh disebarkan dari individu ke individu yang lain.
Virus yang dinamakan sebagai Langya henipavirus atau LayV, ditemukan menerusi sistem pengesanan awal untuk individu demam yang mempunyai sejarah terkini dengan pendedahan terhadap haiwan.
Pesakit yang sebahagian besarnya adalah petani turut melaporkan simptom seperti demam, batuk, hilang selera makan, dan sakit badan.
Ada juga beberapa orang mempunyai sel darah yang abnormal dan tanda-tanda kerosakan buah pinggang dan hati.
Di antara 35 pesakit, 26 dijangkiti hanya dengan LayV, menurut laporan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine.
Tiada bukti mereka ialah kontak rapat atau mempunyai sejarah pendedahan, menunjukkan bahawa jangkitan kepada manusia adalah sporadik.
Untuk info kesihatan terkini setiap hari, boleh follow @farmacora
Sumber: