Kalau ada kentang yang dah bertukar warna hijau & dah tumbuh tunas, sila buang!
Kulit kentang yang berwarna hijau menandakan kehadiran toksin dan tunas bermaksud kepekatan toksin yang paling tinggi.
Masak macam mana pun tak dapat hilangkan toksiknya!
1. Kentang yang dah bertukar warna kepada warna hijau dan tumbuh tunas boleh menyebabkan risiko terdedah kepada toksik semulajadi dikenali sebagai glycoalkaloids iaitu solanin dan chaconine.
2. Kulit kentang yang berwarna hijau menandakan kehadiran toksin dan tunas mengandungi kepekatan toksin yang paling tinggi.
3. Kentang yang daah tercemar dengan toksin ini akan mempunyai rasa pahit, dan kalau makan boleh menyebabkan cirit- birit, muntah, dan sakit pada bahagian abdomen.
Simptom boleh berlaku dalam beberapa jam dan berlarutan sehingga satu hari.
4. Proses memasak kentang seperti membakar, merebus, dan menggoreng tak akan menghapuskan toksin ini.
Tapi, dengan kupas kulit kentang sebelum masak dapat kurangkan kandungan toksin ini dalam kentang.
Sebelum beli kentang, pilihlah kentang yang permukaan licin, tak ada warna hijau & tak ada tunas.
Untuk tips kesihatan berguna setiap hari, boleh follow @farmacora