Ramai ibu mengandung yang kena makan iron tablets sebab HB rendah. Tapi bila dah makan iron tablets, HB masih lagi rendah.
Sebenarnya, nak makan iron tablets ni, ada caranya. Ini tips & cara makan iron tablets buat ibu hamil ⤵️
1. Jangan ambil iron bersama caffeine
Elakkan makan iron bersama caffeine seperti air kopi. Caffeine menghalang penyerapan iron, sama seperti kalsium.
2. Jangan ambil iron bersama calcium atau makanan tinggi kalsium seperti susu
Kalsium menghalang penyerapan iron.
Kalau ambil iron serentak dengan susu, penyerapan iron akan jadi sangat rendah.
Walaupun makan iron, tetapi iron dibuang melalui najis kerana tidak
3. Sebaiknya makan ketika perut kosong.
Waktu yang dicadangkan adalah 1 jam sebelum makan.
Tapi kalau tak boleh tahan dengan kesan sampingan seperti sakit perut, muntah dan loya, boleh alas perut dulu sebelum makan iron supplement.
4. Makan bersama vitamin C
Vitamin C membantu penyerapan iron.
Boleh makan iron bersama jus oren atau makan bersama supplement vitamin C.
5. Elakkan makan bersama telur
Elakkan mengambil iron bersama makanan yang mengandungi telur.
Telur akan menghalang penyerapan iron di dalam badan.
6. Elakkan makan bersama ubatan yang mengurangkan asid perut.
Ubatan seperti antacid yang mengurangkan asid perut, akan mengganggu penyerapan iron. Cuba elakkan untuk diambil bersama. Antara contoh ubat yang ada interaksi dengan iron adalah Magnesium Trisilicate, antacids dll.
Jarak ubat atau makanan yang menghalang penyerapan iron adalah dalam 2 jam ke 4 jam.
Jangan lupa jaga jarak untuk boost up level hemoglobin.
Ambillah vitamin iron dengan betul demi kesihatan baby & ibu.
Boleh follow @Farmacora for more tips!