Setiap tahun, ada lebih 6000 kes keracunan makanan di negara kita.
Antara punca keracunan ialah makan oysters.
Korang bebas nak makan apa sahaja tapi kena berhati-hati.
Awasi 6 jenis makanan yang selalu menjadi punca keracunan makanan:
1. Telur mentah
Telur mentah mudah terdedah dgn pencemaran yang disebabkan oleh bakteria salmonella.
Cara untuk mencegah keracunan ini adalah dengan mencuci telur sebelum dimasak dan memastikan ia masak sepenuhnya.
2. Daging merah
Hidangan daging yang tak dimasak dengan sempurna mengandungi racun dari pencemaran bakteria E.coli.
Pastikan daging dimasak dengan sempurna sebelum dihidangkan untuk makan.Daging merah
3. Sayur
Makan sayur mmg menyihatkan tapi tanpa disedari sayuran juga berpotensi menjadi penyebab keracunan makanan kerana sayur mudah tercemar dengan kotoran yang terdapat pada tanah.
Penggunaan pisau yang sama dengan daging mentah juga boleh menyebabkan cross contamination.
4. Tiram
Makanan laut dari jenis berkerang boleh menjadi punca keracunan makanan.
Tiram diantara makanan yang boleh menjadi punca keracunan kerana pencemaran virus dan bakteria berbahaya dari air yang tersimpan di dalamnya.
Cara pengendalian tiram yang salah sebelum dan waktu masak juga meningkatkan risiko keracunan.
Tiram mentah biasanya mengandungi racun vibrio vulnificus dan ia boleh memberikan reaksi alahan teruk seperti muntah, cirit-birit dan mual berlebihan.
5. Tuna
Ikan seperti tuna juga boleh meningkatkan risiko keracunan kalau ia sudah tercemar dengan scombrotoxin.
Masalah ini boleh menyebabkan sakit kepala, kekejangan dan kemerahan pada seluruh badan.
6. Kentang
Kentang yang disimpan terlalu lama berisiko terdedah kepada cross contamination dari Listeria, E.coli, Salmonella dan Shigella.
Pencemaran ini boleh berlaku kalau kentang disimpan bersama makanan lain seperti daging mentah.
Keracunan makanan tak boleh diambil ringan oleh semua orang.
Utamakan kebersihan dalam semua aspek supaya kita terhindar dari keracunan.
Untuk tips ubatan dan kesihatan setiap hari, jangan lupa follow @farmacora