Farmacora
Site Navigation
  • Cream & Ointments
  • Eye & Ear Care
  • Family Planning
  • First Aid
  • Gastro Relief
  • Hair Care
  • Health Food
  • Pain & Fever
  • Personal Hygiene
  • Skin Care
  • Vitamins
Copyright Farmacora Pharmacy Sdn Bhd. All RIght Reserved.
Farmacora Farmacora Pharmacy Shah Alam
RM0.00
0
No products in the cart.
  • Cream & Ointments
  • Eye & Ear Care
  • Family Planning
  • First Aid
  • Gastro Relief
  • Hair Care
  • Health Food
  • Pain & Fever
  • Personal Hygiene
  • Skin Care
  • Vitamins
  • Store
  • Search
  • Wishlist
  • Account
Pesakit ekzema tak boleh makan brokoli langsung tau!
May 3, 2021 Kesihatan Makanan

Pesakit ekzema tak boleh makan brokoli langsung tau!

Walaupun sayur & buah tu sihat, tapi tak semua sayur boleh dimakan oleh penderita ekzema sebab boleh menyebabkan keradangan yang terus.

Ini 10 jenis sayur & buah yang mesti dielakkan oleh pesakit ekzema:

1- Tomato

Walaupun tomato sangat baik untuk pesakit kanser, tetapi tidak bagi penghidap ekzema kerana ia boleh mengakibatkan kegatalan disebabkan kandungannya yang tinggi histamine.

Elakkan selagi boleh dalam masakan anda.

2- Jagung

Jagung sebenarnya boleh menyebabkan kegatalan dan mencetuskan keradangan bagi penghidap ekzema terutamanya bagi mereka yang masih belum pulih sepenuhnya.

3- Brokoli

Ramai ibu-ibu ingat brokoli sesuai untuk penghidap ekzema.

Brokoli tak boleh dimakan kerana ada kandungan MSG dan sulfites yang sangat sensitif untuk usus penderita ekzema.

Kesannya? Ekzema mungkin lambat sembuh atau akan menjadi semakin teruk.

4- Cendawan

Cendawan juga boleh menyebabkan kegatalan kerana kandungannya yang tinggi histamine.

Elakkan daripada mengambil apa jenis cendawan sekali pun kerana ia merupakan makanan asas yang perlu dihindari bagi mana-mana penghidap penyakit kulit.

5- Lada benggala

Lada benggala boleh menyebabkan keradangan kulit bertambah parah kerana ianya tinggi GMO dan alkaloid serta solanine.

Tetapi sekiranya radang kulit anda atau anak anda semakin baik, tidak ada masalah untuk memakan sayur ini.

6- Nenas

Walaupun sedap, buah-buahan jenis citrus seperti nenas ini perlu dielakkan kerana citrus boleh mencetuskan ekzema dan melambatkan penyembuhan.

7- Anggur

Anggur adalah antara buah-buahan yang sangat bahaya untuk ekzema. Tolong jangan dekati selagi ada ekzema.

Bukan sahaja anggur, malah buah kiwi juga sangat perlu dielakkan kerana kandungan histamine yang tinggi boleh menyebabkan kegatalan pada kulit.

8- Kubis

Sekiranya anda kerap memasak hidangan kubis, boleh elakkan dari sekarang.

Kubis adalah antara sayur yang boleh menyebabkan kegatalan kerana kandungan histaminenya yang tinggi.

9- Buah mata kucing

Ini adalah antara buah yang sedap dimakan tetapi perlu dielakkan bagi penghidap ekzema kerana boleh menyebabkan anda lambat sembuh.

10- Berries

Apa sahaja dalam keluarga berries, tidak kiralah strawberry, blueberry atau raspberry semuanya wajib dielakkan.

Kandungan histaminenya yang juga tinggi boleh menyebabkan kegatalan.

Apapun, boleh rujuk dengan doktor untuk konsultasi lebih lanjut.

Follow telegram @farmacorapharmacy untuk tips & info kesihatan setiap hari.

Rujukan:

Fischer, K., 2013, The Eczema Diet, First Edition, Exisle Publishing, Wollombi, Australia.

Tulisan diatas adalah tulisan bersifat umum.

Dapatkan nasihat serta konsultasi lanjut daripada doktor, nutritionist & dietitian professional.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • Ramai ibu mengandung yang kena makan iron tablets sebab HB rendah. Tapi bila dah makan iron tablets, HB masih lagi rendah.
  • Please don’t normalise hook up culture. Agama melarang & ada banyak kemudaratan kepada kesihatan.
  • Ada panadol yang tak sesuai untuk ibu hamil dan pesakit sesetengah penyakit.
  • Covid19 belum habis, monkeypox masih hangat & kini ada virus baru pula menjangkiti rakyat China.
  • Bedak ni dijual sejak 128 tahun yang lepas lagi, waktu korang pun belum lahir.

Recent Comments

No comments to show.

Popular Posts

1
Pesakit ekzema tak boleh makan brokoli langsung tau!

Pesakit ekzema tak boleh makan brokoli langsung tau!

2
Ada panadol yang tak sesuai untuk ibu hamil dan pesakit sesetengah penyakit.

Ada panadol yang tak sesuai untuk ibu hamil dan pesakit sesetengah penyakit.

3
Ramai ibu mengandung yang kena makan iron tablets sebab HB rendah. Tapi bila dah makan iron tablets, HB masih lagi rendah.

Ramai ibu mengandung yang kena makan iron tablets sebab HB rendah. Tapi bila dah makan iron tablets, HB masih lagi rendah.

Social Media

  • twitter
  • telegram

Tags

Baby Johnson Bayi Bedak Covid19 Demensia Hemoglobin HIV Hook up Ibu Hamil Kentang Keracunan makanan Makanan Menyusu Monkeypox Panadol Pil perancang Toksik Ubat Virus

FARMACORA PHARMACY SDN BHD

55G, Jalan Bola Jaring 13/15, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia.

  • [email protected]
  • 019-9740 130
Instagram Twitter Tiktok Telegram-plane
When you visit or interact with our sites, services, applications, tools or messaging, we or our authorised service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster and safer experience and for advertising purposes.
Instagram Twitter Tiktok Telegram-plane

Copyright Farmacora Pharmacy Sdn Bhd. All RIght Reserved.