Please don’t normalise hook up culture. Agama melarang & ada banyak kemudaratan kepada kesihatan.
Sexually transmitted diseases (STD) ada lebih 20 jenis & ada empat jenis STD yang tak boleh sembuh.
STD ialah penyakit akibat jangkitan virus yang merebak melalui aktiviti seksual bersama pasangan yang telah berjangkit.
Menurut kajian, terdapat lebih daripada 20 jenis STD termasuklah, HIV, HPV, Chlamydia, Gonorrhea, Sifilis, Herpes dll.
Mungkin tidak wujud satu simptom yang sama di antara penyakit-penyakit ini kerana setiap STD akan berbeza bergantung kepada jenis STD yang dihidapi.
Tapi, masih ada beberapa simptom umum yang boleh perhatikan seperti rasa sakit pada bahagian perut bawah, rasa sakit semasa melakukan seks, rasa sakit ketika membuang air kecil, luka pada alat kelamin, bau alat kelamin membusuk dll.
Kebanyakan penyakit STD boleh disembuhkan dengan ambil ubat antibiotik atau antiviral yang dipreskripsikan oleh doktor.
Tapi, masih ada 4 jenis STD yang tidak boleh disembuhkan iaitu:
1. Herpes
Herpes adalah STD yang paling kronik dan boleh merebak melalui sentuhan kulit ke kulit namun mungkin tak akan menunjukkan sebarang simptom sekiranya sudah dijangkiti.
2. HPV
HPV adalah penyakit jangkitan kelamin yang paling biasa berlaku & menjangkiti 9 daripada 10 orang yang aktif melakukan aktiviti seksual.
Jangkitan mungkin boleh hilang dengan sendiri selepas beberapa tahun namun mungkin tak boleh disembuhkan jika tak ambil vaksin.
3. HIV
HIV juga adalah antara STD yang paling kronik & akan menyebabkan penyakit AIDS di mana sistem imunisasi tubuh badan penderita sangat lemah.
Memang takkan sembuh, tapi mungkin boleh dikawal dengan terapi antiretroviral selain menjalani kehidupan seksual yang lebih sihat.
4. Hepatitis B
Hepatitis B adalah penyebab kanser hati yang paling utama dan disebabkan itu, bayi akan diberi vaksin seawal usia utk elakkan ia berlaku kelak. Ia sangat bahaya buat bayi & kanak2 tapi kurang bahaya kpd org dewasa kerana mereka boleh melawan jangkitan ini sendiri.
Setiap penyakit ini masih boleh dikawal walaupun tak ada penawar yang berjaya ditemui sampai sekarang.
Salah satu daripada cara pencegahan yang paling berkesan adalah dengan pengambilan vaksin di awal usia.
Ibu bapa perlu memastikan anak mengambil vaksinasi untuk tujuan ini. Selain itu, cara untuk mengelakkan STD adalah dengan sentiasa menjalani kehidupan seksual yang sihat dan sejahtera.
Antara caranya ialah dengan tak melakukan aktiviti seksual bersama ramai pasangan dan lakukanlah ia dengan teknik yang selamat.
Penggunaan kondom juga diperlukan untuk mengelakkan STD berjangkit.
Untuk info & tips kesihatan setiap hari, boleh follow @Farmacora