Farmacora
Site Navigation
  • Cream & Ointments
  • Eye & Ear Care
  • Family Planning
  • First Aid
  • Gastro Relief
  • Hair Care
  • Health Food
  • Pain & Fever
  • Personal Hygiene
  • Skin Care
  • Vitamins
Copyright Farmacora Pharmacy Sdn Bhd. All RIght Reserved.
Farmacora Farmacora Pharmacy Shah Alam
RM0.00
0
No products in the cart.
  • Cream & Ointments
  • Eye & Ear Care
  • Family Planning
  • First Aid
  • Gastro Relief
  • Hair Care
  • Health Food
  • Pain & Fever
  • Personal Hygiene
  • Skin Care
  • Vitamins
  • Store
  • Search
  • Wishlist
  • Account
Ibu bapa tolong jangan bagi ubat yang ada camphor dekat anak bawah 2 tahun sebab boleh menyebabkan sawan, kemerahan dan kerengsaan kulit.
November 25, 2022 Kehamilan Bayi, Ubat

Ibu bapa tolong jangan bagi ubat yang ada camphor dekat anak bawah 2 tahun sebab boleh menyebabkan sawan, kemerahan dan kerengsaan kulit.

Ini 5 ubat yang mengandungi camphor ⤵️

Biasanya produk berasaskan camphor ini digunakan secara luaran untuk melegakan kesakitan dan mengurangkan gatal-gatal serta merawat penyakit saluran pernafasan seperti mengurangkan gejala batuk dan selsema.

Secara umumnya, camphor berfungsi dengan merangsang saraf yang melegakan gejala seperti rasa sakit dan gatal apabila digunakan pada kulit.

Ini antara produk yang ada camphor:

1- Vicks VapoRub

2- Mopiko

3- Minyak cap kapak

4- Sesetengah bedak berubat.

Walaubagaimanapun, Vicks Baby Balsam (yang berpenutup merah jambu) selamat digunakan bagi bayi yang berusia 3 bulan ke atas kerana ia bebas camphor.

Seeloknya, periksa label terlebih dahulu sebelum membeli dan memakaikan sebarang produk kepada bayi bawah 2 tahun.

Kenapa CAMPHOR bahaya?

Menurut maklumat yang disampaikan melalui Public Health Malaysia dan kenyataan oleh Dr Suhazeli Abdullah (salah seorang ahli MedTweet.my), pihak berautoriti seperti Persatuan Pediatrik Amerika (1978) dan Badan Pengurusan Makanan USA (1983) telah mengeluarkan arahan melarang penggunaan minyak angin yang dicampur dengan Camphor melebihi 11%.

Walaupun produk mengandungi camphor adalah selamat di gunakan untuk kebanyakan orang dewasa, namun ia dikhuatiri boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan kecil seperti kemerahan dan kerengsaan kulit.

Menurut Dr Suhazeli, ada kes yang dilaporkan bayi mengalami keracunan minyak yang mengandungi camphor.

Kanak-kanak sangat terdedah kepada kesan toksik camphor, yang mudah diserap melalui kulit dan membran mukus.

Lebih parah, ia boleh menyebabkan risiko sawan terutamanya kepada bayi bawah 2 tahun.

Umumnya, produk mengandungi camphor adalah selamat untuk kebanyakan orang dewasa apabila dihirup sebagai wap dalam jumlah kecil sebagai sebahagian daripada aromaterapi.

Namun, pastikan anda tidak menggunakan produk ini untuk merawat kulit yang pecah, luka atau cedera.

Ini kerana camphor mudah diserap melalui kulit pecah dan boleh mencapai tahap toksik dalam badan.

Keselamatan penggunaan produk mengandungi camphor kepada kulit untuk ibu mengandung atau menyusu tidak diketahui.

Jadi, seeloknya ia diminimakan jika tak berkeperluan.

Follow @Farmacora untuk baca update & thread kesihatan setiap hari.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • Ramai ibu mengandung yang kena makan iron tablets sebab HB rendah. Tapi bila dah makan iron tablets, HB masih lagi rendah.
  • Please don’t normalise hook up culture. Agama melarang & ada banyak kemudaratan kepada kesihatan.
  • Ada panadol yang tak sesuai untuk ibu hamil dan pesakit sesetengah penyakit.
  • Covid19 belum habis, monkeypox masih hangat & kini ada virus baru pula menjangkiti rakyat China.
  • Bedak ni dijual sejak 128 tahun yang lepas lagi, waktu korang pun belum lahir.

Recent Comments

No comments to show.

Popular Posts

1
Pesakit ekzema tak boleh makan brokoli langsung tau!

Pesakit ekzema tak boleh makan brokoli langsung tau!

2
Ada panadol yang tak sesuai untuk ibu hamil dan pesakit sesetengah penyakit.

Ada panadol yang tak sesuai untuk ibu hamil dan pesakit sesetengah penyakit.

3
Ramai ibu mengandung yang kena makan iron tablets sebab HB rendah. Tapi bila dah makan iron tablets, HB masih lagi rendah.

Ramai ibu mengandung yang kena makan iron tablets sebab HB rendah. Tapi bila dah makan iron tablets, HB masih lagi rendah.

Social Media

  • twitter
  • telegram

Tags

Baby Johnson Bayi Bedak Covid19 Demensia Hemoglobin HIV Hook up Ibu Hamil Kentang Keracunan makanan Makanan Menyusu Monkeypox Panadol Pil perancang Toksik Ubat Virus

FARMACORA PHARMACY SDN BHD

55G, Jalan Bola Jaring 13/15, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia.

  • [email protected]
  • 019-9740 130
Instagram Twitter Tiktok Telegram-plane
When you visit or interact with our sites, services, applications, tools or messaging, we or our authorised service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster and safer experience and for advertising purposes.
Instagram Twitter Tiktok Telegram-plane

Copyright Farmacora Pharmacy Sdn Bhd. All RIght Reserved.