Farmacora
Site Navigation
  • Cream & Ointments
  • Eye & Ear Care
  • Family Planning
  • First Aid
  • Gastro Relief
  • Hair Care
  • Health Food
  • Pain & Fever
  • Personal Hygiene
  • Skin Care
  • Vitamins
Copyright Farmacora Pharmacy Sdn Bhd. All RIght Reserved.
Farmacora Farmacora Pharmacy Shah Alam
RM0.00
0
No products in the cart.
  • Cream & Ointments
  • Eye & Ear Care
  • Family Planning
  • First Aid
  • Gastro Relief
  • Hair Care
  • Health Food
  • Pain & Fever
  • Personal Hygiene
  • Skin Care
  • Vitamins
  • Store
  • Search
  • Wishlist
  • Account
Ibu hamil jangan makan 10 jenis ubat dalam senarai di bawah ini.
November 25, 2022 Kehamilan Ibu Hamil, Ubat

Ibu hamil jangan makan 10 jenis ubat dalam senarai di bawah ini.

Ubat-ubat ini sangat bahaya untuk baby dan boleh mengakibatkan kecacatan & keguguran.

RT & bookmark untuk rujukan ya.

Apabila sesuatu larangan dibuat untuk elakkan pengambilan ubat tertentu, ini boleh membawa 2 maksud:

1- Ubat yang diambil boleh beri kesan negatif terhadap tahap perkembangan janin.

2- Dapatan kajian masih belum mencukupi untuk membuktikan ubat tersebut selamat diambil oleh ibu hamil.

Ini senarai ubat yang dilarang makan oleh ibu hamil kerana berisko menyebabkan kecacatan janin:

1- Chloramphenicol

Ini ialah ubat antibiotik yang dipreskripsikan untuk merawat jangkitan.

Pengambilan ubat ini semasa hamil meningkatkan risiko sindrom bayi kelabu (keadaan kesihatan yang boleh mengancam nyawa bayi).

Kulit bayi juga berwarna seakan kelabu.

2- Levofloxacin dan ciprofloxacin

Sama seperti chloramphenicol, ubat ini ialah antibiotik untuk merawat jangkitan bakteria.

Menurut kajian, ubat ini boleh meningkatkan risiko keguguran & boleh menyebabkan masalah pada tumbesaran tulang dan otot bayi di dalam kandungan.

3- Ubat malaria primaquine

Tak banyak kajian yang dibuat untuk melihat kepada kesan ubat primaquine terhadap ibu hamil.

Tapi kajian terhadap subjek haiwan menunjukkan ia boleh menyebabkan kecacatan janin.

4- Sulfonamides

Ubat ini meningkatkan risiko keguguran dan masalah jaundis (kekuningan) pada bayi baru lahir.

5- Trimethoprim

Antibiotik ini boleh menyebabkan kecacatan tiub saraf pada bayi yang sedang membesar.

6- Codeine, ubat batuk

Ubat batuk boleh menyebabkan simptom withdrawal pada bayi baru lahir.

7- Ibuprofen, ubat tahan sakit

Selain keguguran, ubat ibuprofen boleh menyebabkan pelbagai jenis komplikasi pada bayi seperti jaundis, pendarahan, kerosakan pada dinding usus perut.

Ibuprofen juga boleh menyebabkan masalah jantung pada saluran penting duktus arteriosus.

8- Ubat cair darah warfarin

Selain daripada mengelakkan pembekuan darah, warfarin juga boleh menyebabkan kecacatan kongenital pada janin.

Pengambilan ubat ini perlu dipantau oleh doktor.

9- Clonazepam, ubat tidur

Selain daripada merawat masalah keresahan dan serangan panik, ia boleh menyebabkan simptom withdrawal pada bayi baru lahir.

10- Lorazepam

Sama seperti clonazepam, ubat ini juga boleh menyebabkan masalah simptom withdrawal. Tapi, skala keterukannya boleh mengancam nyawa bayi yang baru lahir.

Kalau dipreskripsikan dengan ubatan di atas, sila rujuk dengan doktor anda dengan segera.

Pemberian ubat dilarang semasa hamil adalah berdasarkan kepada keadaan klinikal pesakit.

Tapi, alternatif yang lebih selamat biasanya akan digunakan untuk meminimumkan kesan negatif terhadap ibu dan janin.

Follow @farmacora untuk info dan tips parenting, kesihatan ibu & anak.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • Ramai ibu mengandung yang kena makan iron tablets sebab HB rendah. Tapi bila dah makan iron tablets, HB masih lagi rendah.
  • Please don’t normalise hook up culture. Agama melarang & ada banyak kemudaratan kepada kesihatan.
  • Ada panadol yang tak sesuai untuk ibu hamil dan pesakit sesetengah penyakit.
  • Covid19 belum habis, monkeypox masih hangat & kini ada virus baru pula menjangkiti rakyat China.
  • Bedak ni dijual sejak 128 tahun yang lepas lagi, waktu korang pun belum lahir.

Recent Comments

No comments to show.

Popular Posts

1
Pesakit ekzema tak boleh makan brokoli langsung tau!

Pesakit ekzema tak boleh makan brokoli langsung tau!

2
Ada panadol yang tak sesuai untuk ibu hamil dan pesakit sesetengah penyakit.

Ada panadol yang tak sesuai untuk ibu hamil dan pesakit sesetengah penyakit.

3
Ramai ibu mengandung yang kena makan iron tablets sebab HB rendah. Tapi bila dah makan iron tablets, HB masih lagi rendah.

Ramai ibu mengandung yang kena makan iron tablets sebab HB rendah. Tapi bila dah makan iron tablets, HB masih lagi rendah.

Social Media

  • twitter
  • telegram

Tags

Baby Johnson Bayi Bedak Covid19 Demensia Hemoglobin HIV Hook up Ibu Hamil Kentang Keracunan makanan Makanan Menyusu Monkeypox Panadol Pil perancang Toksik Ubat Virus

FARMACORA PHARMACY SDN BHD

55G, Jalan Bola Jaring 13/15, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia.

  • [email protected]
  • 019-9740 130
Instagram Twitter Tiktok Telegram-plane
When you visit or interact with our sites, services, applications, tools or messaging, we or our authorised service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster and safer experience and for advertising purposes.
Instagram Twitter Tiktok Telegram-plane

Copyright Farmacora Pharmacy Sdn Bhd. All RIght Reserved.