Farmacora
Site Navigation
  • Cream & Ointments
  • Eye & Ear Care
  • Family Planning
  • First Aid
  • Gastro Relief
  • Hair Care
  • Health Food
  • Pain & Fever
  • Personal Hygiene
  • Skin Care
  • Vitamins
Copyright Farmacora Pharmacy Sdn Bhd. All RIght Reserved.
Farmacora Farmacora Pharmacy Shah Alam
RM0.00
0
No products in the cart.
  • Cream & Ointments
  • Eye & Ear Care
  • Family Planning
  • First Aid
  • Gastro Relief
  • Hair Care
  • Health Food
  • Pain & Fever
  • Personal Hygiene
  • Skin Care
  • Vitamins
  • Store
  • Search
  • Wishlist
  • Account
Newborn menyusu tiap 2 jam. Ibu kena menyusu tiap 2 jam sambil nak kena masak, kemas rumah etc.
November 25, 2022 Kehamilan Bayi, Ibu Hamil, Menyusu

Newborn menyusu tiap 2 jam. Ibu kena menyusu tiap 2 jam sambil nak kena masak, kemas rumah etc.

Ada seorang suami ini sanggup ambil cuti SETAHUN untuk bantu isteri menyusu. Semua 5 anaknya berjaya menyusu lebih 2 tahun.

Apa yang bapa boleh bantu ibu untuk menyusukan anak? ⤵️

Proses penyusuan susu ibu memerlukan komitmen, kesabaran dan disiplin yang tinggi dalam diri seorang ibu.

Bukan mudah nak menyusukan anak apatah lagi jika anak itu anak kembar. Banyak tenaga yang diperlukan untuk menyusukan mereka.

Tapi semuanya menjadi indah & lancar bila adanya penglibatan suami dalam penyusuan susu ibu ini. Percayalah, ‘support system’ yang utama bagi seorang isteri adalah suaminya sendiri.

Seperti Ustaz Mohd Yazid Ismail yang membantu mejayakan penyusuan susu ibu buat isteri tercinta.

Kesemua 5 orang anaknya menyusu badan hingga lebih 2 tahun. Si Noura anak ke-6 ni masih dalam penyusuan 10 bulan. Ustaz Yazid juga ambil cuti selama setahun untuk bantu jayakan isterinya menyusu.

Apa yang suami boleh bantu untuk jayakan penyususan ibu selama 2 tahun?

1- Jadi tempat sandar isteri

Memang tugas menyusukan bayi adalah tugas isteri tapi tak bermaksud suami hanya tidur lena tak sedarkan diri.

Mungkin suami boleh jadi tempat isteri bersandar dan berehat semasa menyusukan bayi. Selesa sikit isteri nak menyusukan bayi.

2- Tolong buat air untuk isteri

Ibu menyusu selalunya akan berasa dahaga.

Suami boleh tolong sediakan minuman untuk isteri. Isteri akan berasa gembira dan dihargai sangat walaupun sekadar air suam.

3- Basuh peralatan pam susu isteri

Bila pam susu sebelum menyusukan bayi, kerja yang paling leceh dan lama ialah membasuh dan membersihkan segala peralatan pam payudara.

Untuk bab ini, suami boleh meringankan beban isteri dengan membersihkan segala peralatan tersebut.

Jadi bolehlah isteri melakukan perkara lain ataupun berehat.

4- Melakukan kerja-kerja rumah

Jangan bebankan isteri dengan tugas-tugas rumah tangga.

Suami juga boleh membantu isteri melakukan kerja-kerja membasuh pakaian, mengemas rumah, menyapu lantai, membasuh pinggan dan mungkin juga memasak.

Isteri boleh tumpukan perhatian untuk menyusukan si kecil tanpa memikirkan pakaian yang belum tersidai.

5- Menguruskan anak yang lain

Yang ada anak lebih drpd seorang, suami boleh tolong uruskan keperluan anak-anak yang lain. Jangan biarkan isteri juga yang menguruskan keperluan mereka. Ini akan membuatkan ibu rasa tertekan dan terbeban & mengganggu kelancaran susu untuk keluar.

6- Kejut isteri bangun menyusukan bayi

Kalau anak menangis di tengah malam, suami jangan buat-buat tak dengar dan tidur ‘mati’.

Suami sepatutnya bangun dulu untuk periksa sama ada lampin si kecil sudah basah atau hendak susu.

Jika lampin perlu ditukar, tak perlu kejutkan isteri sebaliknya anda boleh buat sendiri.

Kemudian barulah kejutkan isteri untuk menyusukan bayi.

7- Uruskan bayi selepas menyusu

Suami boleh membantu isteri menguruskan anak selepas disusukan seperti sendawakan anak (bayi baru lahir), mendukung, mandikan atau tidurkan bayi.

Biasanya ibu akan rasa sedikit penat selepas menyusukan anak. Jadi isteri perlu berehat seketika.

8- Jaga mood isteri

Suami perlu tahu, isteri yang gembira dan bahagia dapat menghasilkan susu yang banyak dan berkualiti untuk anak.

Jadi, jangan sakitkan hati isteri dan jangan cari pasal dan menyebabkan mood isteri terganggu. Sentiasa berusaha untuk ceriakan isteri anda.

9- Rajin cari info tentang penyusuan

Bukan isteri je yang perlu mencari info dan ilmu tentang penyusuan sebaliknya suami juga perlu tahu tentang ilmu penyusuan. Sekurang-kurangnya adalah pengetahuan bagaimana proses penyusuan berlaku. Barulah boleh bagi sokongan kepada isteri.

Bapa boleh bantu semampu yang boleh untuk support ibu menyusu.

Bapa juga mungkin penat dengan kerja, ibu juga penat, bertoleransi adalah kuncinya.

Follow @farmacora untuk lebih banyak sharing pasal parenting tips.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • Ramai ibu mengandung yang kena makan iron tablets sebab HB rendah. Tapi bila dah makan iron tablets, HB masih lagi rendah.
  • Please don’t normalise hook up culture. Agama melarang & ada banyak kemudaratan kepada kesihatan.
  • Ada panadol yang tak sesuai untuk ibu hamil dan pesakit sesetengah penyakit.
  • Covid19 belum habis, monkeypox masih hangat & kini ada virus baru pula menjangkiti rakyat China.
  • Bedak ni dijual sejak 128 tahun yang lepas lagi, waktu korang pun belum lahir.

Recent Comments

No comments to show.

Popular Posts

1
Pesakit ekzema tak boleh makan brokoli langsung tau!

Pesakit ekzema tak boleh makan brokoli langsung tau!

2
Ada panadol yang tak sesuai untuk ibu hamil dan pesakit sesetengah penyakit.

Ada panadol yang tak sesuai untuk ibu hamil dan pesakit sesetengah penyakit.

3
Ramai ibu mengandung yang kena makan iron tablets sebab HB rendah. Tapi bila dah makan iron tablets, HB masih lagi rendah.

Ramai ibu mengandung yang kena makan iron tablets sebab HB rendah. Tapi bila dah makan iron tablets, HB masih lagi rendah.

Social Media

  • twitter
  • telegram

Tags

Baby Johnson Bayi Bedak Covid19 Demensia Hemoglobin HIV Hook up Ibu Hamil Kentang Keracunan makanan Makanan Menyusu Monkeypox Panadol Pil perancang Toksik Ubat Virus

FARMACORA PHARMACY SDN BHD

55G, Jalan Bola Jaring 13/15, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia.

  • [email protected]
  • 019-9740 130
Instagram Twitter Tiktok Telegram-plane
When you visit or interact with our sites, services, applications, tools or messaging, we or our authorised service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster and safer experience and for advertising purposes.
Instagram Twitter Tiktok Telegram-plane

Copyright Farmacora Pharmacy Sdn Bhd. All RIght Reserved.